Monday, March 28, 2011

23 Mac 2011...

Tarikh ini amat keramat ....SPM 2010 diumumkan secara rasmi ... Alhamdulilah ...rezeki dan tuah sentiasa meyebelahi pelajar STF , sekolah cikgu Dal ... Sekalung tahniah buat semua pelajar tingkatan 5 2010 kerana masih mengekalkan top 5 dalam ranking SBP... Perasaan Cikgu Dal sepanjang tarikh keramat ini hanya tuhan yang tahu... Tidur tak lena Mandi tak basah Makan pun tak lalu Rasa yang sama masa akad nikah 10 tahun dulu...hehe Tahun ni gemuruh nya lain macam sikit tapi sehari sebelum bila cikgu Dal tengok Bos yang senyum hingga ke telinga ...hati rasa berbunga riang pulak ... Bagaimana agaknya keputusan BM tahun ni...cikgumate Cikgu Dal sibuk sms ... agak2 dapat 100% tak A Bm kita...Insya Allah ...ada rezeki ....( Dalam hati tuhan sahaja tahu) 930am: Cikgu Dal dah tahu result ... Best Student : Zarief yang selalu kena marah cikgu Dal kat kelas selama 2 tahun berturut2, masalah paling besar selalu ajak unicorn teman dalam kelas ...tapi bila tegur , orangnya senyum sahaja tanpa kata ...satu lagi yang menarik dgn Zarief karangannya sentiasa x kukuh ideanya ...tapi hakikat Tuah Ayam Nampak di kaki , Tuah Zarief Dia yang tahu ...Alhamdulilah ... Jauh di sudut hati , Cikgu Dal bangga , Zarief jgn ambik hati dgn teguran cikgu selama ini... Result BM... 5S - 26 org dapat A+...Sangat2 bersyukur , result 5S tahun lepas hanya 18 orang A+...tahun 2010 penambahan yang sangat membanggakan ....ingat dulu PK1 yang lama pernah mencemuh cikgu Dal kerana 5S tak ramai dapat A+...katanya Add semua A+ , BM yang SENANG pun tak dapat...cemuhan itu tersemat dihati cikgu Dal sepanjang 2010... Buat Naddy , Zaza, Lea dan Siti Noraini.....dont wori , cikgu tetap bangga dgn kalian ... 5B - Kelas yang sentiasa di hati cikgu Dal.... Walaupun 26 orang sahaja namun sentiasa membuat cikgu Dal happy dan gembira setiap kali kelas BM... Buat Intan , Diyana , Alina , Umamah , Aleya , Aishah...terima kasih memberikan A+ buat cikgu...Cikgu sangat 2 bersyukur...kerana cikgu sentiasa percaya dengan kalian .. Buat 18 orang yang mendapat A dan A- cikgu jugak rakamkan ucapan terima kasih ...terutama Jus , Dayah , Liyana , Tipah , Abent ,Pui, Aina , Janna, Wani , Peacock , Tikus , Syasya .... Paling istimewa buat Ajk BM kesayangan cikgu Dal , Nuyul ...terima kasih atas segala2nya selama setahun kita bersama-sama dalam suka dan duka ...cikgu dal tidak sedikitpun ralat dengan Nuyul...kita kena percaya dengan rezeki kan...Nuyul jgn lupa cikgu ya ...'( Buat KT 5B ..Mira ...cikgu juga bangga dengan semangat dan usaha Mira ...cikgu percaya Mira akan sentiasa tabah dan kuat diluar sana nanti...cikgu sentiasa ada dgn Mira ...jaga diri sayang -sayang cikgu dal.....( Sebaknya rasa....) Apapun Cikgu Dal amat bersyukur dgn kurniaan ini...hidup ibarat roda tak sentiasa kita di atas...itu hakikat ...sekurang-kurangnya jika ditakdirkan cikgu Dal berpindah...memori indah ini antara yang sentiasa dalam lipatan kenangan cikgu Dal.......... Tahniah buat semua yang bersam-sama 6 jam kelas diperpustakaan 2 hari sebelum SPM.... Semoga Kejayaan Cemerlang sentiasa mengamit kalian ....Gregs , junior anda sehebat anda!!!!

Monday, March 14, 2011

Mac 2011...

Cuti sekolah lagi...nampaknya kali ini cikgu dal hanya berehat di rumah je..tak bercuti ke mana2...coz cuti panjang nanti cikgu dal bakal bercuti jauh...masa tu seorang je...tak bawa family...tiba masa cikgu dal nak muhasabah diri dan tingkatkan iman didada sebahai muslimah ...emm...jealousnya dengan rakan2 yang pergi Korea minggu ni...takde rezeki lagi kot nak pergi...izin suami itu penting Dal apa2 hal kat sana siapa yang susah ...
Cikgu Dal dapat beberapa berita tergempar sepanjang Mac ni...
* Disahkan ada darah tinggi ...punca stres ...emm banyak kot perkata berlegar2
dalam kepala ni....
* Cikgu Dal jarang nak simpan dalam hati apa yang pelajar buat tapi kali ni sungguh tersentuh
....sehingga mengalir air mata , cukup2 terkesan di hati....entah lah kenapa , semoga Allah
S.W.T akan berikan kekuatan lepas cuti untuk masuk kelas tu.....maaf pada yang lain...apa
yang cikgu Dal belajar , kena ada gap hubungan murid dan guru tapi x seronoknya masuk
kelas untuk mengajar hingga apa yang pelajar rasa dan jerut cikgu buat2 x tahu sahaja ....
* Hubungan cikgu Dal dan adik dah pulih ..berkat doa semua , tuhan permudahkan segalanya
* April nanti cikgu dal akan isi borang tukar lagi....demi hubby dan anak2...lagipun cikgu Dal dah bosan tinggal di kuarters....cukuplah kot...tak sabar nak hias rumah baru....